Mungkin antara kita di sini pernah mendapat manfaat RMT, iaitu Rancangan Makanan Tambahan? Asyik bermain lawan pemadam dengan kawan-kawan sehingga tidak perasan cikgu sudah masuk ke dalam kelas? Menunjuk pada rakan pensil picit Jenama Pilot Shaker yang baru dibeli? Dan paling seronok, dapat minuman susu coklat percuma yang diberi oleh pihak sekolah.

Di sini kami akan kongsikan video yang dihasilkan oleh Kyoproganda mungkin akan menggamit memori kenangan zaman persekolahan anda bersama kawan-kawan sempena cuti sekolah yang akan bermula hari ini, bagi Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dan esok bagi negeri lain. Oh ya, tahniah juga kami ucapkan buat adik-adik tahun 6 yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR baru-baru ini!