Walaupun dikecam ketika diperlihatkan buat kali pertama, semakin ramai yang berminat untuk mendapatkan model terbaru daripada Apple, iPhone 11 Pro. Lebih-lebih lagi dengan penawaran 3 kamera untuk iPhone 11 Pro, anda boleh rakam apa sahaja dengan kualiti gambar yang dipertingkatkan.

Apple juga berkata kualiti cermin yang digunakan untuk iPhone 11 Pro juga telah dipertingkatkan (dengan menggunakan ‘World Toughest Glass) supaya ia tidak mudah untuk ‘retak seribu’ sekiranya terjatuh ke lantai. YouTuber EverythingApplePro mahu mencuba claim tersebut dan terhasilkah video eksperimen ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, kedua-dua model iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max terselamat daripada sebarang retak jika dijatuhnya dari jarak bawah dua meter. Walaupun berulang kali ianya dijatuhkan, kedua-dua model ini ‘terselamat’.

Tetapi pada ketinggian 10 kaki (3 meter), barulah bermula episod retak seribu pada iPhone 11 ini. Jadi, ketahanan kaca untuk model iPhone 11 memang terbaik! Apa pun, pastikan anda gunakan pelindung khas untuk mengelakkan apa-apa kejadian tidak diingini berlaku kepada iPhone 11 anda nanti.

Sudah berminat untuk tukar ke iPhone 11? Ini 5 mitos lain yang sebenarnya tidak benar tentang iPhone 11.

5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11

Apple iPhone 11 Pro Max Terbukti Mempunyai Ketahanan Bateri Terpanjang

Disindir Kerana Jadi Pembeli Pertama iPhone 11, ‘Pak Cik’ Ini Sebenarnya Doktor Pakar Di Kelantan