Xiaomi buat hal lagi dengan penghasilan sub-brand kepada jenama berkenaan, Pocophone F1. F1 dilihat dapat bersaing dengan jenama-jenama hebat lain apabila ianya dijual pada harga yang tidak masuk akal: 6GB RAM dan storan 64GB pada harga RM1,237 (harga untuk pasaran Malaysia).

Bagaimana pula ketahanan telefon Pocophone F1 ini? Tiada telefon pintar akan terlepas daripada pandangan JerryRigEverything dan Jerry memilih Pocophone F1 untuk video terbaru beliau. F1 diberi jolokan flagship killer untuk jenama telefon yang lain kerana harganya yang tidak masuk akan untuk spesifikasi hebat telefon ini.

Jadi Jerry cuba untuk ‘memusnahkan’ telefon F1 ini. Dan ianya agak mengejutkan Jerry kerana binaan telefon ini sangat berkualiti dan lebih tahan lasak berbanding telefon pintar yang lebih mahal. Selepas melihat video ini, mungkinkah anda akan mempertimbangkan untuk membeli telefon pintar ini?

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

GNR_Vocket_20x30in

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!