Bagi anda yang tercari-cari homestay untuk beristirehat tetapi tidak boleh bercuti lama, anda boleh bermalam di Stayrehat yang berkonsepkan kontena. Menariknya lokasi homestay ini hanya terletak di Kampung Changkat Gombak dan mempunyai kolam renang yang pastinya menjadi highlight dalam setiap pencarian penginapan percutian anda.

Homestay ini tampil dengan konsep kontena yang pastinya akan memberikan anda pengalaman berbeza dari penginapan di hotel atau homestay yang lain. Disamping itu, terdapat kolam renang yang pastinya akan memberikan keseronokkan buat anda yang suka berenang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

49204981_1972557229716769_8686486491901198336_n

49064835_1972556899716802_7274328466479120384_n

49676577_1972556793050146_5543669921382137856_n

Bagi anda yang ingin merehatkan minda dengan membaca buku, terdapat perpustakaan mini di homestay ini dan anda dapat mengisi masa lapang anda dengan tenang. Malah, anda juga boleh berBBQ bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda kerana tempat untuk berBBQ juga disediakan.

Homestay ini memiliki 8 unit kontena dimana harga untuk satu unit adalah RM150 pada hari biasa dan RM180 pada hujung minggu atau cuti umum. Harga bagi keseluruhan unit adalah RM1200 pada hari biasa dan RM1450 pada hujung minggu atau cuti umum. Setiap unit boleh memuatkan 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.

49175734_1972556993050126_7154205846187016192_n

48918907_1972557339716758_2528920857493897216_n

49161934_1972557079716784_9220926052979703808_n

49183542_1972557119716780_2872272904052015104_n

Stayrehat ini baru sahaja dibuka dan kini bersempena bulan kelahiran pemilik homestay ini, anda boleh mendapat diskaun untuk penginapan anda disini. Sekiranya anda berminat untuk bermalam disini untuk menikmati cuti anda yang tidak lama dan bersuka ria bersama keluarga tersayang, anda boleh hubungi pihak Stayrehat di laman sosial Facebook mereka.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber