Sudah menjadi lumrah setiap tahun dimana setiap telefon pintar flagship bakal dibandingkan bagi mengetahui model manakah yang terbaik. Meskipun dengan kehadiran pelbagai model terbaru ketika ini, Apple iPhone menerusi keluaran terbaru masih lagi mengungguli carta bagi kualiti video setiap tahun.

Pada kali ini, Apple telah tampil daripada kebiasaan dengan memuat naik sebuah video yang dirakam menggunakan iPhone 11 Pro selama 5 jam 19 minit dan 28 saat. Lebih mengujakan, rakaman ini dibuat dengan hanya satu shot melalui satu pengecasan penuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video ini dirakamkan di Hermitage Museum di Saint Petersburg, Russia dimana museum ini bakal menguji keupayaan iPhone 11 Pro dengan warnanya yang pelbagai termasuk ruangan gelap dimana model ini perlu mengaktifkan Night mode.

1

1 (4)

1 (3)

1 (2)

Lebih menarik, video ini dirakamkan dengan resolusi 4K walau bagaimanapun dimuat naik di YouTube menerusi resolusi 1080p sahaja. Kehadiran video ini juga ternyata berjaya membuka mata orang ramai tentang kualiti telefon pintar daripada Apple ini.

Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut kehebatan iPhone 11 Pro dalam memproses serta menghasilkan kualiti video yang memuaskan pengguna.

Lihat juga enam gambar Night Mode terbaik yang dirakamkan hanya dengan menggunakan iPhone. Turut dikongsikan, iklan Apple di Jepun yang hadir dalam versi anime.

Apple Kongsi 6 Gambar ‘Night Mode’ Terbaik Yang Dirakam Hanya Dengan iPhone

Tonton Iklan Apple Di Jepun Yang Hadir Dalam Versi ‘Anime’