Walaupun sudah berada di pasaran sejak bulan Ogos yang lalu, Honor 20 Pro merupakan salah satu model yang underrated tetapi sebenarnya mempunyai kemampuan kamera yang hebat.

Bukan hanya pada kamera, secara keseluruhan Honor 20 Pro merupakan sebuah peranti yang hebat. Peranti ini mempunyai rekaan eksklusif dan hadir dengan processor Kirin 980, 8GB RAM dan 256GB storan yang pastinya akan memberi kepuasan kepada pengguna Honor 20 Pro.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Kami mahu fokuskan kepada keupayaan kamera HONOR 20 Pro sahaja untuk artikel ini. Tahukah anda Honor 20 Pro berada di tangga ke-6 tertinggi (113) dalam ranking DxOMark Mobile? Bermakna hanya model seperti Huawei P30 Pro, Samsung Galaxy Note 10+, Samsung Galaxy s10, OnePlus 7 Pro dan Huawei Mate 30 Pro sahaja yang berada di atas peranti ini.

Honor 20 pro cam

Honor 20 Pro tampil dengan sistem 4 kamera iaitu 48MP(f/1.4) + 16MP(f/2.2) + 8MP(f/2.4) + 2MP(f/2.4). Jika dilihat dari segi ini sahaja sudah mampu lihat keupayaan kamera ini. Jadi apa yang hebatnya tentang kamera Honor 20 ini?

1. Dapat merakam setiap details dengan baik

Team Vocket baru-baru ini sempat menjalankan ekspedisi ke Gunung Silipat, Thailand dan mengambil gambar dengan menggunakan Honor 20 Pro ini. Ternyata kamera peranti ini tiada masalah untuk mengambil gambar yang cantik di atas ini.

IMG_20190928_175337

rpt

IMG_20190929_061138

IMG_20190929_061314

IMG_20190929_062125

Anda boleh lihat detail kepulan awan ketika matahari terbit memang menakjubkan. Dengan keupayaan Super Wide Angle, gambar yang dirakam juga lebih ‘memanjang’ berbanding biasa. Kalau rakam gambar group photo, tiada masalah dengan peranti ini.

2. Keupayaan untuk merakam gambar ‘low light’ yang cantik

Sempat juga kami bawa naik Honor 20 Pro ini ke Genting Highlands dan melawat taman tema Skytropolis. Tidak perlu cakap banyak tentang keupayaan peranti ini dalam keadaan low light. Sekiranya anda menonton siri Netflix Stranger Things, vibe warna dalam siri tersebut dapat dirakam dengan baik oleh peranti ini.

IMG_20191005_171035

IMG_20191005_171144

IMG_20191005_171419

IMG_20191005_171543

3. Keupayaan Zoom yang menakjubkan

Tahukah anda Honor 20 Pro ini hadir dengan ciri 30x digital zoom bagi telephoto? Kami juga sempat mencuba sejauh mana keupayaan untuk peranti ini zoom untuk sesuatu subjek. Dan ya, ianya memang menakjubkan. Perincian imej kekal baik walaupun sudah di zoom secara maksima. Dan ini cuma percubaan di kawasan low light.

IMG_20191005_171737

Gambar Honor 20 Pro tanpa zoom

IMG_20191005_171744

Gambar Honor 20 Pro selepas 30x Zoom

IMG_20191005_171820

Gambar Honor 20 Pro sebelum Zoom

IMG_20191005_171834

Gambar Honor 20 Pro selepas 30x Zoom

Berbaloi untuk membeli Honor 20 Pro?

Jika anda seorang yang on the go dan suka merakam gambar ke mana sahaja anda pergi, dengan harga RM2,199 yang ditawarkan di Lazada ketika ini, ianya satu peranti yang baik dan berbaloi dengan harganya. Fungsi rakaman video hyper-lapse juga terdapat pada peranti dan anda boleh melihat sampelnya di sini.

Yang pasti, banyak yang anda boleh eksperimen dengan Quad Camera pada Honor 20 Pro. Asah sedikit skil merakam gambar dan siap sedia untuk menjadi seorang pro.

Ini pula beberapa peranti daripada Honor yang pernah kami review sebelum ini

Honor 10 Peranti Hebat Dengan Harga Mampu Milik

Honor 9 Lite Pilihan Terbaik Bagi Kategori Bawah RM750

Anda Mungkin Suka