Hampir lima tahun dalam pasaran sejak mula pengenalan di Malaysia pada tahun 2015, Kia Optima K5 nampaknya bakal tampil dengan generasi terbaru yang bakal membuatkan orang ramai teruja melalui rekaan dalaman, luaran serta prestasi enjinnya.

Menerusi generasi kelima Kia Optima K5, jenama ini nampaknya tampil dengan rekaan yang premium dan elegen sekaligus memperlihatkan model ini seakan kereta eropah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tampil dengan moden sedan segmen-D, model ini dilihat mahu memikat golongan muda dengan tampil bergaya melalui penawaran rekaan persis Kia Stinger selaku kereta berprestasi tinggi jenama ini.

kia-optima-2020-04

2020-kia-k5-kdm-spec-3

2020-kia-k5-kdm-spec

Sebuah lagi kemas kini yang jelas serta membuatkan orang ramai terpukau dengan rekaan ini sudah pastinya penyertaan lampu belakang LED seakan model keluaran terbaru Audi A7 Sportback. Selain itu, model ini bakal turut tampil dengan varian GT yang dilengkapi dengan rim 19-inci beserta dua ekzos berkembar untuk tampil lebih sporty.

Tidak hanya menawarkan rekaan dalaman dan luaran yang memukau, Kia Optima K5 generasi terbaru turut menawarkan kemas kini terbaru pada bahagian enjin dengan penyertaan kotak gear lapan kelajuan.

k5-20211

n8xv6uwxaxnmae9ivt1h

Beberapa varian enjin antara ditawarkan Kia melalui enjin 1.6 liter turbocharged yang mampu menawarkan 178 kuasa kuda dengan 265 Nm tork manakala enjin 2.0 liter dan 2.5 liter GDi antara yang disertakan. Varian K5 GT pula dilengkapi dengan enjin 2.5 liter T-GDi yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 286 kuasa kuda dan 422 Nm. Sokongan ciri keselamatan hebat antara yang disertakan pada model terbaru daripada Kia ini.

Setakat ini masih belum diketahui model dengan varian manakah yang bakal dibawakan Kia Malaysia khusus buat pengguna di Malaysia. Sama-sama kita nantikan model keluaran Korea dengan rekaan persis Eropah ini di jalan raya seawal tahun hadapan.

Dianggap kereta ‘murahan’, Proton Saga nampaknya berjaya menerima pujian melalui katahanannya di UK. Ketahui juga enam perkara anda wajib tahu sebelum memiliki kereta di Jepun.

Dianggap Kereta ‘Murahan’, Pemilik Di UK Puji Ketahanan Serta Kehebatan Proton Saga

Sebelum Beli Kereta Di Jepun, Ini 6 Perkara Anda Wajib Tahu

Sumber