Fila pada kali ini telah melakukan kolabrasi terbaru bersama kedai streetwear premium yang berasal dari Itali iaitu Holypop untuk menghasilkan Kasut Holypop x Fila Disruptor. Model ini telah direka oleh pengasas bersama Sattavision, iaitu studio tatu yang paling terkenal di Milan, Yuri Sata.

Hanya 80 pasang kasut sahaja dihasilkan sempena kolaborasi ini. Model kasut dengan pengeluaran limited ini didatangkan dengan warna putih dengan tekstur kulit dan diimbangi dengan warna biru menaikkan lagi karakter kasut ini. Jenama Holypop di kawasan seperti tepi sisi dan lidah membantu memberikan kasut ini lebih kolaboratif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Holypop x Fila Disruptor bakal mula ditawarkan dengan harga $130(RM508.50). Anda boleh mencuba nasib untuk mendapatkannya di laman web holypopstore. Melihat kepada jumlah pengeluaran, harga resell yang tinggi antara yang boleh dijangkakan berikutan pengeluaran yang sedikit.

fila-holypop-disruptor-low-release-2

fila-holypop-disruptor-low-release-3

fila-holypop-disruptor-low-release-4

fila-holypop-disruptor-low-release-5

fila-holypop-disruptor-low-release-6

fila-holypop-disruptor-low-release-7

Sumber