Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bulgari secara rasminya telah memperkenalkan keseluruhan reka bentuk koleksi terbaru dengan penjenamaan Fragment, hasil kolaborasi dengan Hiroshi Fujiwara.

Koleksi itu merangkumi beg dan aksesori premium yang digabungkan dengan fabrik yang mewah dan rekaan gothik supaya ia lebih menampakkan kemewahan pada koleksi yang telah dihasilkan.

Antara koleksi terbaru Bulgari adalah pelbagai jenis beg, gelang tangan, keychain dan pemegang kad. Beg-beg ini direka dalam bentuk beg tote kulit yang besar sehinggalah beg bahu yang diperbuat daripada denim indigo dan kulit hitam yang minimalis. Terdapat beberapa beg yang telah direka khas dalam warna hitam dan putih yang sesuai dipadankan dengan konsep beg mewah Bulgari.

BVLGARI x Hiroshi Fujiwara

BVLGARI x Hiroshi Fujiwara

BVLGARI x Hiroshi Fujiwara

BVLGARI x Hiroshi Fujiwara

BVLGARI x Hiroshi Fujiwara

BVLGARI x Hiroshi Fujiwara

BVLGARI x Hiroshi Fujiwara

BVLGARI x Hiroshi Fujiwararagment-design-bvlgari-accessories-collab-collection-11

Koleksi beg dan aksesori premium ini akan dilancarkan secara rasminya pada 5 Jun ini dan hanya boleh didapatkan di butik-butik terpilih. Koleksi ini hanya akan mula tersedia di laman rasmi Bulgari pada 12 Jun 2019. Ianya akan mula dijual di antara harga $160 (RM658.31) hingga $2,260 (RM10,944.46).

Anda Mungkin Suka