Uniqlo sering tampil dengan koleksi kolaborasi yang menarik dan menjadi perhatian ramai orang. Kini, Uniqlo telah berkongsi secara rasmi koleksi BTS x Uniqlo UT ‘BT21’ yang direka khas untuk peminat BTS seluruh dunia.

Bagi koleksi ini, ia merupakan kolaborasi antara LINE FRIENDS, BTS dan Uniqlo dan koleksi ini hadir dengan 12 corak yang berbeza dan 8 pilihan warna iaitu hitam, putih, biru gelap, biru cair, merah jambu, kelabu dan merah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, corak yang diketengahkan adalah grafik dengan logo BT21 dan juga beberapa karakter seperti TATA, VAN, KOYA, RJ, SHOOKY, MANG, CHIMMY dan COOKY.

Untuk pengetahuan anda, harga untuk koleksi ini adalah $14.90 (~RM62.23) sahaja dan boleh dibeli di butik-butik Uniqlo dan secara atas talian di sini. Koleksi ini akan dilancarkan di seluruh dunia pada hari Jumaat (21 Jun 2019) ini.

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13