Setelah lama berteka-teki, akhirnya dUCk tampil dengan koleksi yang ‘awesome’ bersama Barbie sempena dengan ulangtahun ke-60 Barbie. Pasti ramai di luar sana akan teruja dengan koleksi ini, lagi-lagi peminat Barbie.

Difahamkan, koleksi ini hadir dengan beg tangan, kosmetik dan twilly serta koleksi-koleksi ini adalah edisi terhad. Siapa lambat grab pasti akan melepas. Setiap item koleksi tampil dengan warna dan corak ikonik daripada Barbie iaitu merah jambu.

Kami telah meninjau harga koleksi ini dan bagi kami harganya cukup berpatutan. Harga bagi lipstik adalah RM50, manakala harga untuk twillies pula RM80 sahaja.

Jika anda berminat untuk mendapatkan koleksi ini, anda boleh dapatkan di cawangan The dUCk store di Pavilion, Suria KLCC, 1 Utama, Setia City Mall, dan juga di Haji Lane, Singapura. Malah, ia juga tersedia di cawangan Fashion Valet di Bangsar, Publika dan IOI City Mall.

Kesemua koleksi ini tersedia hari ini kecuali di cawangan Singapura yang hanya akan tersedia pada hari Selasa dan jika anda tiada masa, anda boleh membeli koleksi ini secara atas talian di sini.

Sebut tentang Barbie, adakah anda sudah berkunjung ke Lost World of Tambun? Anda akan berpeluang berhibur bersama Barbie di sana. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

‘Barbie & Hot Wheels’ Tarikan Terbaharu Di Lost World of Tambun

dUCk Cosmetics Hadir Dengan Koleksi Makeup Edisi Khas ‘X-Men: Dark Phoenix’

Kolaborasi dUCk x Disney Kini Dilancarkan