Mungkin ada yang tidak pernah mendengar nama jenama C.P. Company ini sebelum ini tetapi bagi anda yang mengikuti fesyen Eropah, pasti sangat mengenali jenama Itali ini.

adidas berkolaborasi bersama C.P. Company untuk menghasilkan kasut edisi khas untuk model terbaru mereka, ‘Kamanda’. Hadir dengan warna ‘blood orange’ kasut ini pastinya akan menjadi rebutan di peminat setia adidas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

CP Company 2

Pemilihan warna ‘blood orange’ ini juga menambahkan lagi keunikan kasut ini disamping logo C.P. Company di bahagian lidah kasut ini. Koleksi ini juga akan hadir bersama jaket ikonik khas C.P. Company, jaket Millie Miglia dengan warna yang sama.

Jaket Millie Miglia ini juga dikenali sebagai Goggle Jacket kerana mempunyai bahagian lensa di bahagian muka dan pergelangan tangan untuk anda melihat jam tangan anda. Besar kemungkinan model ini tidak akan masuk ke pasaran Malaysia. Bertabahlah dan mungkin anda perlu minta pertolongan rakan anda yang sedang berada di U.K untuk cuba dapatkan koleksi ini untuk anda.

Sumber