Siapa yang berada dalam scene bundle dan barangan vintaj, pasti biasa dengar nama Hatu Guni. Buat anda yang mungkin pertama kali mendengar nama lelaki ini, beliau adalah salah seorang pengumpul Nike vintaj di Malaysia.

Rags To Display merupakan komuniti vintaj dan bundle terbesar dari negara seberang Thailand. Mohd Soufee atau Hatu Guni bukan calang-calang pengumpul. Kasut-kasut Nike miliknya memang banyak yang rare dan beliau turut mendapat jemputan pengumpul Nike dari seluruh dunia terutamanya dari Jepun untuk berkongsi kisah dan koleksi yang beliau ada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kami masih belum sempat untuk bertemu dan melihat koleksi Hatu Guni secara lebih dekat tetapi mari lihat dahulu video yang dikongsi oleh team From Rags To Display. Kami tahu ramai collector Nike yang akan ‘terliur’ melihat koleksi Hatu Guni ini.

Memang ada beberapa model rare di tangan Hatu Guni antaranya Nike ‘Bob Sevene’ yang jarang-jarang muncul di pasaran. Itu hanya satu dari berpuluh kasut Nike vintaj yang rare ada dalam simpanan. Ingat orang luar sahaja yang mampu kumpul barang-barang rare?