Vans nampaknya telah memilih mengeluarkan koleksi “Patchwork Denim” sempena keluaran terbaru mereka. Diinspirasikan daripada pertukangan Jepun, jenama yang berasal dari California ini akan mengemaskini model Slip-On, Sk8 Hi dan Authentic dengan corak dan tekstil yang bermutu tinggi .

Berbeza dengan keluaran Vans sebelum-sebelum ini, koleksi ini dikatakan bakal dijual secara meluas. Ketiga-tiga kasut ini menawarkan patch yang agak terperinci pada bahagian atas, warna putih pada bahagian tepi kasut dan warna gum pada tapak kasut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model Slip-On memberi tumpuan kepada panel indigo dan biru denim dan corak seperti papan dam. Sementara itu, model Authentic dan Sk8 Hi kedua-duanya disertakan dengan ciri khas jahitan sashiko dan lapisan denim.

Vans “Patchwork Denim” bakal mula ditawarkan pada akhir bulan ini di laman web Vans Classic. Sekiranya anda merupakan peminat Vans Classic, koleksi terbaru ini mungkin antara wishlist terbaru anda.

vans-patchwork-denim-pack-1

vans-patchwork-denim-pack-2

vans-patchwork-denim-pack-3