Menurut laman Yeezy Mafia, ini adalah 7 kasut yang akan dilancarkan adidas tahun ini untuk koleksi bersama Dragon Ball Z. Awal bulan ini, model untuk watak Cell, Frieza, Majin Buu dan Goku diperkenalkan dan model Vegeta, Gohan dan Dewa Naga (Shenron) pula menyusul semalam.

Yeezy Mafia turut berkongsi tarikh bila model-model ini akan dipasarkan dan ianya tidak akan dijual sekali gus. Setiap model akan dipecahkan mengikut bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika ini adalah rekaan akhir untuk koleksi adidas ini, ianya nyata mendapat reaksi pelbagai sneakerheads. Ada yang berpendapat pemilihan model kasut untuk setiap watak ada yang tidak sesuai dan adidas boleh melakukan lebih baik.

Model-model best selling adidas seperti UltraBOOST, YEEZY dan HU NMD langsung tiada dalam senarai. Mungkin ini hanya teaser adidas untuk melihat reaksi orang ramai? Bagi kami, Model Dewa Naga pasti akan jadi yang paling dicari oleh pengumpul adidas.

DBZ 1
adidas EQT Mid ADV ‘Shenron’
DBZ 2
adidas Oregon Ultra Tech ‘Vegeta’
DBZ 3
adidas ZX500 RM ‘Goku’
dbz 4
adidas Kamanda ‘Majin Boo’
dbz 5
adidas Yung-1 ‘Frieza’
DBZ 6
adidas Prophere “Cell”
dbz 7
Adidas Deerupt “Gohan”