Sementara peminat setia di seluruh dunia menantikan musim terakhir Game Of Thrones (GOT), adidas memperlihatkan koleksi penuh kolaborasi mereka bersama siri GOT ini.

6 model UltraBOOST yang dihasilkan bakal mewakili 6 ‘rumah’ yang terkenal dalam siri ini; House Lannister, House Stark, House Targaryen, Targaryen Dragons, White Walkers dan Night’s Watch. Setiap kasut dibuat mengikut tema warna berdasarkan setiap rumah, tag bertulisan di bahagian belakang kasut dan insole bertulis ‘Game Of Thrones’.

got adi 1

got adi 2

got adi 3

Frasa terkenal dalam siri ini serta logo setiap rumah pula diletakkan di bahagian dalam lidah kasut. Koleksi ini mungkin dilancarkan sebelum bermulanya episod pertama Game Of Thrones pada April 2019 dan kemungkinan besar lebih awal.

Peminat setia GOT pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan semua model kasut dalam koleksi ini. Adakah koleksi ini bakal hadir dengan kotak istimewa seperti kolaborasi antara adidas x Dragon Ball Z? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

got 6

got 4

got 5

got 3

GOT 1

got 2

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →
  • SUMBER
  • SN