Bulan lalu, Vans mengumumkan kolaborasi bersama legenda muzik David Bowie. Koleksi ini mengambil inspirasi daripada karya dan gaya unik David Bowie yang diterjemahkan kepada koleksi kasut, pakaian dan juga topi.

Model Slip-On 47 V DX, Era, Old Skool, dan Sk8-Hi dipilih untuk koleksi kolaborasi ini. Rekaannya pula diinspirasikan daripada karya terkenal Bowie antaranya Space Oddity, Hunky Dory, Ziggy Stardust dan Aladdin Sane.

Vans all 2

Vans All

Koleksi edisi khas antara Vans dan David Bowie akan dilancarkan di butik Vans Malaysia terpilih (Vans Mid Valley, KLCC, Pavilion, One Utama, Sunway Pyramid, IOI City Mall, Setia City Mall, Dataran Pahlawan Melaka, Aeon Tebrau Johor Bharu, City Square Johor Bharu & Queensbay Mall Penang) dan juga semua cawangan Crossover bermula esok (5 April).

Anda Mungkin Suka