Walaupun sudah sebulan filem Avengers: Infinity War ditayangkan kepada umum, hype untuk filem ini diteruskan lagi dengan koleksi awesome antara Marvel dan Vans ini.

Sempena Avengers: Infinity War, Marvel dan Vans melancarkan koleksi epik dengan model SK8-Hi, Old Skool dan Slip-On menjadi pilihan. Buat permulaan, 3 model ini diperkenalkan lebih dahulu yang mengambil inspirasi daripada watak Thor, Spider-Man dan Black Panther.

Koleksi ini sudah pun dilancarkan di seluruh dunia bermula hari ini (1 Jun 2018) dan boleh ditempah di laman rasmi Vans. Dengar-dengar koleksi ini juga akan dibawa masuk ke Malaysia dan model Black Panther pasti akan habis terlebih dahulu. Lawa betul!

spiderman-vans-slip-on-2

spiderman-vans-slip-on-1

black-panther-vans-sk8-hi-4

black-panther-vans-sk8-hi-2

avengers-vans-old-skool-5

avengers-vans-old-skool