Beberapa hari yang lalu tiga jenama besar ini sudah memberikan ‘hint’ kolaborasi kepada orang ramai melalui media sosial dan mendapat sambutan yang baik dari peminat jenama tersebut.

View this post on Instagram

UNDEFEATED x A BATHING APE® x Timberland // 10.27.18

A post shared by UNDEFEATED (@undefeatedinc) on

Kasut but 6-inci terpilih sebagai produk pertama untuk diperkenalkan dengan ciri yang bertepatan dengan musim sejuk yang bakal tiba. Menariknya, but ini diperbuat daripada kulit yang kalis air dan dilengkapi dengan perincian corak abstrak yang berpadanan dengan warna keseluruhan but tersebut. But ini boleh didapati dengan harga $220 (RM920).

Bagi melengkapi koleksi rekaan bersama kali ini, terdapat beberapa lagi produk yang akan diperkenalkan seperti T-Shirt, jaket kulit tebal dan seluar.

Kesemua koleksi ini boleh didapati bermula esok di laman web UNDEFEATED atau di stor-stor pengedar terpilih seluruh dunia.

huawei
HYPE
100% Lebih Yakin Beserta Ganjaran & Rebat, Ini 5 Sebab Anda Perlu ‘Bertukar’ Ke Huawei
Baca lagi →