Bersempena musim luruh yang bakal tiba, Supreme telah mengumumkan keluaran kolabrasi terbaru bersama Nike SB dengan menghasilkan rekaan kasut bola sepak klasik ‘the Gato’.

Model ini pada asalnya hanya digunakan untuk para atlet sukan bola sepak untuk melakukan latihan. Material yang digunakan Nike adalah bahan kulit lembu bagi menghasilkan kasut ini dengan jahitan yang agak kemas dalam memberi keselesaan kepada pemakai. Untuk logo penjenamaan, Supreme dan Nike pula telah menyertakan tulisan ‘WORLD’ dan ‘FAMOUS’ pada bahagian panel tumit kasut ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kasut kolaborasi ini Supreme x Nike SB Gato akan dikeluarkan empat warna berlainan iaitu merah, hitam, biru dan putih. Model ini bakal ditawarkan secara retail pada harga sekitar $110 ( RM450.67). Harga yang jauh lebih mahal antara yang dijangkakan daripada reseller. Berikut merupakan pilihan yang ditawarkan bagi Supreme x Nike SB Gato.

supreme-nike-sb-gato-00

supreme-nike-sb-gato-1

supreme-nike-sb-gato-2

supreme-nike-sb-gato-3

supreme-nike-sb-gato-4

supreme-nike-sb-gato-5

supreme-nike-sb-gato-6

supreme-nike-sb-gato-7

supreme-nike-sb-gato-8

supreme-nike-sb-gato-9

supreme-nike-sb-gato-10