Tahukan anda realme X2 Pro merupakan antara telefon pintar paling laris terjual ketika jualan Lazada 12.12 yang lalu? Ternyata peranti dengan processor Quallcomm Snapdragon 855 Plus ini berjaya menarik minat ramai untuk membelinya.

Selain processornya, X2 Pro turut hadir dengan skrin 90Hz yang memastikan skrin lebih smooth dan 12GB RAM+ 256GB ROM, tidak ada keraguan bahawa ini adalah antara telefon pintar terbaik bagi tahun 2019.

Dijual pada harga RM2,399, X2 Pro hadir dengan panel 90Hz Super AMOLED yang halus. Skrin Full HD + 6.5 inci, yang dihiasi dengan Gorilla Glass 5.

Jika anda seorang kaki travel dan memerlukan sebuah peranti hebat untuk merakam setiap momen ketika anda sedang travel, kami sarankan untuk anda membeli telefon pintar ini. Mengapa? Setelah mencuba sendiri model X2 Pro ini, ini apa yang kami boleh katakan tentang model ini.

1. Warna yang cantik

Realme color 1
Rakaman ‘bokeh’ yang nampak natural
realme color 2
Rakaman ‘wide angle’ menara berkembar Petronas
Realme x2 1
kualiti gambar hitam putih X2 Pro

Dengan kamera utama 64MP, kamera ultra-wide 8MP dan telefoto 13 MP, realme jelas memberi saingan hebat kepada model dalam kelasnya pada harga yang jauh lebih affordable. Setiap gambar yang dirakam juga sangat cantik walaupun tanpa bantuan editing aplikasi luar seperti Instagram, VSCO dan sebagainya.

Warna yang dihasilkan menerusi X2 Pro juga lebih vibrant dan colorful walaupun dirakam dalam keadaan low lights.

2. Kualiti zoom yang hebat

Realme x2 2

Realme x2 3

Tidak dinafikan kualiti zoom yang terdapat pada realme X2 Pro ini adalah antara yang terbaik di pasaran. Kami mencuba fungsi 20x Hybrid Zoom yang terdapat pada X2 Pro ini dan ianya memang menakjubkan.

3. Kualiti video tidak gegar

Anda boleh lihat pada video ini, kami turut menyelit sampel video yang dirakam menggunakan X2 Pro. Walaupun tanpa bantuan alatan stabilizer tambahan, video yang dirakam sangat stabil dan nampak ‘mahal’. Sesuai buat anda yang mahu merakam segala aksi tanpa perlu membawa peralatan ‘besar’ seperti DSLR dan sebagainya. Masuk sahaja X2 pro dalam poket, anda sudah ada equipment persis profesional untuk rakaman pengembaraan anda.

Jadi tidak dinafikan X2 Pro adalah antara model flagship terbaik yang ada di pasaran ketika ini. Ia sesuai untuk segala aktiviti anda dan ditambah lagi dengan sistem pengecasan pantas 50W Super VOOC yang mampu mengecas penuh peranti anda dalam masa 35 minit sahaja.

Jadi inilah peranti terbaik anda untuk segala keperluan lifestyle anda. Jadi untuk para kaki travel, peranti ini memang untuk anda.

Ini pula perbandingan realme X2 Pro dengan peranti daripada Vivo, Nex 3. Anda boleh baca perbandingan pada artikel di bawah.

realme X2 Pro Dan Vivo NEX 3, Mana Satu Yang Berbaloi Untuk Dimiliki?

Realme XT, Telefon Pintar Dengan Kamera 64MP Yang Sangat Berbaloi Untuk Dimiliki