Apple iPhone sememangnya terkenal dengan penawaran kameranya yang berkualiti tinggi. Setiap model yang dikeluarkan, pastinya menjadi pilihan ramai baik untuk mendapatkan imej yang berkualiti tinggi mahupun rakaman berdefinisi tinggi. Pada kali ini, YouTuber bernama Andy To telah mencuba model terbaru ini bagi merakam suasana sekitar Taiwan. Anda boleh tonton video ini dengan definisi 4K untuk pengalaman menonton yang lebih hebat.