Tidak dinafikan bahawa jenayah sering berlaku kepada pelancong. Bagaimana pula jika pelancong yang cuba mencuri? Pasti anda pernah mendengar tetapi jarang-jarang perkara ini berlaku.

Baru-baru ini kecoh di laman sosial apabila sebuah video tular mengenai sebuah keluarga dari India kantoi mencuri barangan dari tempat penginapan mereka di Bali. Melalui video tersebut, dapat dilihat barangan yang dicuri seperti alat pengering rambut, tuala, peralatan mandi, dan penyangkut baju dinyorokkan tersusun dalam tuala.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keluarga tersebut diperiksa oleh pegawal hotel dan sepanjang pemeriksaan tersebut dijalankan, keluarga itu memohon maaf atas kelakuan mereka. Malah, mereka ingin membayar barangan yang dicuri oleh mereka.

Malangnya, wakil pihak hotel tidak mengendahkan rayuan mereka dan memanggil pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya. Pastinya ini merupakan satu perkara yang memalukan dan terdapat netizen yang malu dengan perilaku yang dilakukan oleh keluarga tersebut.

Semoga perkara ini boleh dijadikan iktibar buat anda diluar sana supaya jika melancong ke negara luar atau di mana pun berada tidak bersikap panjang tangan.

Sumber