Peminat filem seram pasti akan teruja dengan berita ini. Filem Candyman yang bakal ditayangkan tidak lama lagi akan menghantui dan ‘membunuh’ anda jika anda berani menyebut namanya.

Untuk pengetahuan anda, filem Candyman ini adalah filem reboot Candyman pada tahun 1992. Tidak banyak yang boleh dikatakan menerusi trailer pertama ini tetapi anda akan dapat merasakan ketakutan apabila Candyman muncul.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, anda dapat lihat bagaimana Candyman mula membunuh mereka yang menyeru namanya dan pengakhiran kepada tragedi ini masih belum diketahui. Filem ini sebenarnya mengisahkan tentang makhluk yang tangannya bercangkuk dan menyerang serta menghantui perumahan di Chicago.

Filem ini menampilkan Yahya Abdul-Mateen II, Teyonah Parris, Nathan Stewart-Jarrett, Colman Domingo, Tony Todd dan Vanessa Estelle. Anda kena saksikan sendiri filem ini di pawagam pada 18 Jun 2020 ini dan sementara itu tonton dahulu trailer ini.

Filem sekuel blockbuster Train to Busan juga dikatakan akan menemui anda di pawagam pada tahun ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Selepas 4 Tahun, Filem Sekuel Train To Busan Sah Akan Ditayangkan Tahun Ini

Tonton Trailer Rasmi The Hunt Yang Penuh Debaran Dan ‘Plot Twist’

Stephen Chow Sahkan ‘Kung Fu Hustle 2’ Sudah Mulakan Penggambaran Selepas 15 Tahun