Lapangan Terbang Jewel Changi telah dibuka pada 500,000 pengunjung berdaftar dan mereka telah menjadi antara yang terawal melihat projek yang menelan belanja sebanyak S$1.7 bilion (~RM5.17 bilion) pada 11 April 2019 hingga 16 April 2019 ini.

Malah, mereka yang telah berkunjung ke Lapangan Terbang Jewel Changi telah berkongsi beberapa gambar dan rekaan dalaman ia sangat menarik perhatian. Paling menarik perhatian, ia seperti mengetengahkan gabungan Marina Bay Sands dan Garden By The Bay dimana dipenuhi dengan pokok dan air terjun pada bahagian dalam.

Selain itu, terdapat lebih daripada 280 kedai akan dibuka disitu dan pelbagai kemudahan tersedia seperti tempat menyimpan beg, kaunter check-in, tempat duduk yang banyak dan 130 kabin hotel.

Malah, Pokemon Center juga akan dibuka disana dan pasti peminat siri anime Pokemon tidak akan melepaskan peluang untuk ke sana. Buat peminat jenama Nike, tempat ini mungkin syurga buat anda kerana butik Nike terbesar di Asia Tenggara turut dibuka disini.

Baca lagi‘Pokemon Center’ Bakal Dibuka Di Singapura April Ini