Baharu sahaja reda daripada kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu teruk, Siberia sekali lagi dilanda musibah apabila sebuah gudang penyimpanan senjata meletup. Menurut laporan BBC, Gudang senjata pangkalan tentera yang terletak di bandar Achinsk dilaporkan menyimpan sekurang-kurangnya 55,000 peluru artileri.

Letupan demi letupan dilaporkan berpanjangan sehingga 16 jam lamanya. Kejadian yang seumpamanya pernah dilaporkan berlaku pada bulan Mei tahun lepas di Rusia yang mengakibatkan usaha memadam kebakaran berlangsung selama seminggu untuk memastikan api terpadam sepenuhnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat ini, media tempatan melaporkan kejadian ini telah mengakibatkan seorang maut dan 12 orang tercedera. Asap tebal memaksa lebih 9,500 orang penduduk bandar tersebut dievakuasi ke tempat yang lebih selamat manakala lebih 7,000 orang penduduk sekitar turut keluar dari kawasan kediaman dengan sendirinya walaupun tidak menerima arahan evakuasi.

Kini usaha memadam kebakaran sedang giat dijalankan dengan bantuan 10 kapal kargo Rusia jenis IL-76 dan 5 buah helikopter jenis Mil Mi-8 yang membawa bekalan air.

Sumber