Ceeze, pereka yang tidak asing lagi di dalam industri streetwear nampaknya kembali lagi dengan sebuah rekaan ‘custom’. Pada kali ini mereka telah memilih model adidas NMD Hu yang dinamakan sebagai ‘Eclipse’.

Melalui model ini, Ceeze memilih untuk menggunakan kulit Keeper Duffle Bag Louis Vuitton dengan padanan warna gelap ‘Eclipse’. Seterusnya gabungan perkataan ‘Louis’ dan ‘Vuitton’ turut ditampilkan pada bahagian atas kasut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kasut Louis Vuitton x adidas “Eclipse” NMD Hu ini ditawarkan pada harga $2850 (RM 11,703) sepasang. Kepada sesiapa yang ingin kasut ini, anda perlu membuat tempahan dahulu kerana ia mengambil masa dalam dua hingga tiga bulan untuk disiapkan.

eclipse-adidas-hu-2

eclipse-adidas-hu-3