Setiap orang ingin rumah mereka kelihatan cantik dan kemas. Kali ini kami bawakan kepada anda rekaan perpustakaan mini yang mungkin anda ingin juga buat di rumah.

Seorang pengguna Facebook Hasma Ismail telah berkongsi transformasi perpustakaan mini beliau yang berjaya menarik perhatian ramai orang. Rekaan yang dilakukan oleh beliau mungkin sedikit sebanyak akan memberi ilham kepada anda untuk buat perpustakaan mini anda sendiri.

Daiichi First 7 Plus Car Seat – Copy
HYPE
Kerusi Kereta Bayi Daiichi Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Terbaik Pilihan Ibu Bapa
Baca lagi →

Rasanya PKP kalau berakhir pun 28 April ini sekolah masih tidak dibuka. Saya lega sebab bulan Januari hari tu kami…

Posted by Hasma Ismail on Monday, 20 April 2020

Anda akan dapat lihat bagaimana beliau mengubahsuai bilik tersebut dan apa kata kita lihat dahulu keadaan bilik tersebut sebelum menjadi perpustakaan mini yang cantik.

93788387_10217890523634719_4208619113112666112_n-2

93547372_10217890523394713_9035983812026171392_n

92972256_10217890523074705_3091355466379296768_n

Sudah bersedia untuk lihat transformasi bilik kecil beliau menjadi ‘mini library’? Bagi kami, beliau menggunakan setiap ruang dengan baik dan susun atur perabot yang kemas menjadikan mini library tersebut cantik dan selesa.

Kombinasi warna hijau pada dinding membuatkan anda yang berada dalam bilik tersebut berasa tenang terutama sekali ketika membaca buku dan pilihan warna coklat dan putih pada perabot menaikkan seri bilik tersebut.

94103178_10217890525994778_2225437974437298176_n

93641381_10217890521714671_1503116181391802368_n

92941291_10217890522674695_7494503518162649088_n

93317230_10217890521394663_1277153656981946368_n

Menurut Hasma Ismail, kos keseluruhan mengubahsuai bilik tersebut menelan belanja lebih kurang dalam RM8,600 dan di bawah ini perbelanjaan lebih detail:

1. Kabinet (8x9x10kaki) = RM7,000
2. Cat = RM500
3. Vinyl Flooring = RM900
4. Perabot ada yang baru dan lama = ~RM2,000

Cantik, bukan? Buat anda yang sudah lama menginginkan untuk miliki mini library sendiri di rumah, apa kata anda jadikan perkongsian ini sebagai inspirasi anda.

Sementara itu, ikuti beberapa perkongsian ‘makeover’ rumah pernah dikongsikan di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

Lihat ‘Makeover’ Rumah Apartment Selangorku Dengan Rekaan Minimalis Dan Sentuhan Warna Hijau

Lihat Transformasi Bilik Kecil Jadi Pawagam Mini Di Rumah Yang Anda Boleh Cuba

Lihat ‘Makeover’ Dapur 7 Kaki Ini Daripada Barang IKEA Dengan Kos Bawah RM3,000

Anda Mungkin Suka