Mark Weins atau Migrationology merupakan food vlogger yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau kembali ke Malaysia untuk mencuba salah satu restoran yang dicadangkan oleh peminatnya, Itik Salai Masthar di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Apa yang membuatkan Mark Weins mahu sangat mencuba menu di sini adalah kerana beliau mahu mencuba hidangan salai yang berbeza di sini berbanding tempat-tempat lain. Bagi Mark Weins, curry (kuah masak lemak) di sini adalah yang terbaik yang beliau pernah rasai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang sudah biasa makan di sini, anda pasti sudah tahu kesedapannya. Buat anda yang belum pernah cuba, pasti anda akan terkedu seperti Mark Weins. Jika anda tidak tahu hendak makan mana tengah hari ini, bolehlah memandu ke Itik Salai Masthar. Kami jamin anda tidak akan kecewa.