Sejak beberapa bulan terakhir ini, dapat dilihat keterujaan orang ramai dalam mengongsikan keindahan Masjid Sri Sendayan yang baru sahaja dibuka secara rasmi. Rekaan dan binaannya yang memukau antara yang menjadi tarikan masjid ini.

Keterujaan orang ramai ini dilihat turut dikongsikan di media sosial sekaligus menarik perhatian orang ramai untuk melihatnya sendiri. Pada kali ini, lelaki yang dikenali sebagai @Amsyarnaif telah berkongsi di platform Twitter keindahan Masjid Sri Sendayan yang diambil hanya menggunakan Apple iPhone 11 Pro.

Perkongsian beliau mengenai masjid bernilai RM100 juta ini telah berjaya memperoleh lebih 8 ribu retweets. Berikut merupakan gambar yang diambil beliau menggunakan model terbaru iPhone ini.

EKs4KkZU4AAA952

EKs4KkbU4AA1AF3

EKs4KkbVUAADbsN

EKs61_rUEAAXeTy

EKs61_nUUAUMZfw

Lensa telephoto iPhone 11 Pro jelas tidak mengecewakan

EKtDx_MUEAAQ55F

EKtDyA2UUAAu5Jp

EKtF5APU4AE0rHM

Gambar yang diambil dalam dan luar masjid beserta suntingannya jelas sangat menarik sekaligus memperlihatkan kehebatan kamera iPhone 11 Pro.

Untuk pengetahuan, lelaki ini kerap mengongsikan gambar yang diambil menggunakan Apple iPhone. Buat anda yang berminat untuk melihat lebih lanjut karya beliau, anda boleh klik di sini untuk ke laman Instagram beliau.

Sebelum ini, lelaki ini berjaya membuat kejutan terhadap bapanya dengan menghadiahkan iPhone ‘Boba’. Turut dikongsikan, kualiti video yang dihasilkan menggunakan iPhone 11 Pro.

Belum Mampu Beri Menantu, Lelaki Ini Hadiahkan iPhone ‘Boba’ Kepada Bapanya Buatkan Netizen Kagum Dan Terharu

Tonton Kehebatan Kualiti Video Apple iPhone 11 Pro Dalam Rakaman 4K

Inilah Individu Hebat Yang Mewakafkan Masjid Sri Sendayan Di Negeri Sembilan