Siapa di sini suka melihat mural? Siapa yang tidak suka kan. Malah, jika terdapat mural depan mata pasti anda tidak akan lepaskan peluang untuk bergambar bukan?

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Lily Sam telah berkongsi beberapa gambar mural di sekitar Kampung Baru Mambau yang terletak di Seremban. Jika dilihat, terdapat banyak gambar mural yang dilukis, tidak terhad pada dinding, malah pada pili bomba dan beberapa tempat yang tidak disangka-sangka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Persoalannya, siapa yang melukis mural ini? Ianya masih menjadi tanda tanya. Pastinya kawasan sekitar Kampung Baru Mambau ini akan menjadi ‘hot spot’ untuk pelancong datang bergambar.

Lihat sahaja bagaimana mural dapat menarik ramai pelancong di Pulau Pinang. Akan tetapi, diharap dengan adanya mural ini tidak akan mengubah karakter kehidupan masyarakat setempat kelak. Berikut merupakan antara gambar mural yang dikongsikan.

gajah

67364649_2472519729453323_7271751799634132992_n

67071490_2472520292786600_8184503801110069248_n

67558944_2472520566119906_1890370906908262400_n

67061160_2472520912786538_8458954328743346176_n Mana satu lukisan kegemaran anda? Bagi kami, lukisan Dumbo sangat mencuit hati. Mungkin anda boleh ke sana untuk bergambar dan muat naik di media sosial anda.

Sumber