Demam Endgame baru sahaja bermula. Semua peminat pastinya berebut-rebut untuk mendapatkan barangan eksklusif filem ini. Footlocker sebelumnya telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan memperkenalkan ‘hadiah’ eksklusif sempena tayangan ‘Avengers: Endgame’.

Footlocker dengan kerjasama pelukis komik terkenal, Jen Bartel telah menghasilkan kasut khas adidas AM4 ‘Captain Marvel’ dan ‘Thanos’. Dua pasang kasut ini direka khas dengan lambang, corak dan warna yang identik dengan dua watak epik adiwira dalam siri terakhir ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

adidas-am4-avengers-endgame-pack-thanos-1

marvel-dan-adidas-luncurkan-sneaker-baru-captain-marvel-6VU

Setakat ini, dua model kasut eksklusif ini hanya boleh didapati di stor flagship Footlocker di New York dan Los Angeles sahaja. Walau bagaimanapun Footlocker turut membuka tempahan dan belian secara atas talian menerusi laman web mereka. Kedua-dua pasang kasut ini boleh didapati dengan harga $125 (~RM516) sahaja.