Kim Jones yang merupakan bekas pereka Louis Vuitton, baru ini telah mendedahkan kerjasama terbaru bersama Nike. Projek baru ini melihat hasil beliau dalam memberi sentuhan kepada model kasut Mercurial Superfly 360 yang akan dipakai oleh Cristiano Ronaldo.

Mercurial Superfly 360 yang baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas, telah menunjukkan teknologi revolusioner yang membolehkan pemain bergerak dan menukar arah lebih pantas dari sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihat dari rekaan terbaru ini, bekas Pengarah Artis Louis Vuitton telah menambah corak cheetah berwarna oren dan hitam pada model ini. Seterusnya, kasut ini ditambah dengan logo Swoosh putih yang serta penjenamaan Kim Jones di sepanjang tumit kasut.

Cristiano Ronaldo berhasrat akan memakai kasut ini pada perlawanan Liga Juara-Juara Real Madrid di PSG pada 6 Mac ini. Anda boleh memiliki secara eksklusif di Nike Store Paris Champs Elysees dan laman web nike.com semasa perlawanan separuh masa pertama.

kim-jones-nike-football-boot-mercurial-superfly-001

kim-jones-nike-football-boot-mercurial-superfly-003

kim-jones-nike-football-boot-mercurial-superfly-004

kim-jones-nike-football-boot-mercurial-superfly-005