Sebentar tadi, laman 101 East – Al Jazeera telah memuat naik sedutan temu bual antara wartawan Al Jazeera, Mary Ann Jolley dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak.

Pada tahun 2015 sewaktu Najib Razak masih memegang jawatan Perdana Menteri, Mary Ann Jolley pernah tiba ke Malaysia untuk membuat siasatan tentang kes Altantuya Shaariibuu. Beliau bagaimanapun tidak berjaya memasuki Malaysia dan mendapat notis perlu pulang ke negara asal setibanya di KLIA.

Selepas Najib Razak tidak lagi mempunyai kuasa untuk mentadbir negara, Mary Ann berpeluang untuk menemu bual Najib Razak secara eksklusif. Namun dalam sedutan temu bual ini, beliau dilihat tidak selesa dengan soalan yang diajukan kepadanya tentang kes bunuh Altantuya.

Malaysia: Najib Speaks – The Altantuya Shaariibuu Case

101 East reporter Mary Ann Jolley was deported from Malaysia following her investigation into the murder of Altantuya Shaariibuu. She confronts former Prime Minister Najib Razak. #AJNajibSpeaks

Posted by 101 East – Al Jazeera on Friday, 26 October 2018

Najib Razak dilihat berulang kali menegaskan beliau tidak bersalah dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Altantuya. Najib Razak turut menjawab soalan Mary Ann mengapa beliau tidak dibenarkan untuk memasuki Malaysia pada tahun 2015.

Sedutan temu bual ini telah dikongsi sebanyak lebih 4,000 kali di Facebook dan untuk melihat temu bual ini secara penuh, anda boleh tekan di sini. Ini sememangnya satu dokumentari 30 minit tentang pembunuhan Altantuya yang sangat teliti daripada Al Jazeera.

Malaysia’s 1MDB scandal captured the world’s attention and is now being investigated by six different countries. Hear…

Posted by 101 East – Al Jazeera on Friday, 26 October 2018

MiTEC
HYPE
‘Hi HOME Property Event’ Acara Hartanah Unik Yang Akan Berlangsung Pada 25 Julai 2019
Baca lagi →