Johnny Barry yang merupakan seorang artis seni yang suka mengubah rekaan kasut baru-baru telah umumkan penghasilan rekaan terbaru beliau. Kali ini beliau menghasilkan Nike Air Jordan IV yang bertemakan permain mudah alih terkenal iaitu Nintendo Game Boy.

Warna putih telah menjadi pilihan untuk rekaan edisi terhad ini. Kasut ini juga turut menampilkan hiasan seperti butang alat permainan pada bahagian belakang tumit kasut iaitu butang A dan B serta butang pegerakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada bahagian lidah kasut ini pula terdapat logo Game Boy pada bahagian kiri dan skrin permainan pada bahagian kanan kasut ini. Selain itu, model ini turut menampilkan tag kasut seakan pita permainan.

Seperti biasa, kasut ini dihasilkan sangat terhad iaitu sebanyak 10 pasang sahaja. Untuk sepasang kasut ini mereka jual dengan harga $1,350 (RM5,613.98) sahaja. Berdasarkan penjualannya yang terhad, model ini cuma ditawarkan di laman Freaker Sneak.

nike-air-jordan-4-custom-game-boy-03

nike-air-jordan-4-custom-game-boy-01

nike-air-jordan-4-custom-game-boy-02