Baru-baru ini tular video aksi warga Australia yang menendang penunggang skuter dan menyerang sebuah kereta di Bali. Aksi tersebut dirakam oleh pengguna Instagram @denpasar_info dan kejadian itu berlaku di Sunset Road di Kuta.

Nicholas Carr dipercayai melakukan perkara tersebut berikutan mabuk dan perbuatan Carr telah mengakibatkan penunggang sekuter cedera. Selepas dia menyerang kereta dan menendang penunggang sekuter, dia bertindak memecahkan kaca di kedai serbaneka Circle-K dan Restoran Wahana.

Sambung Belajar
HYPE
Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan
Baca lagi →

Kemudian, Carr didapati menyerang seorang warga emas dan mengakibatkan kecederaan pada tangan dan kaki. Setelah itu, dia telah mengurung diri di rumah mangsa dan menyelusup keluar melalui tingkap yang terbuka.

Pihak komuniti setempat, polis dan pengawal berjaya menangkap dia di luar Hotel Villa Catalina. Nicholas Carr juga telah mengalami luka, lebam dan perlu dijahit pada lengan kanannya.

Perbuatan tidak terkawal Carr mendatangkan kecederaan pada diri dan orang sekitar kerana mabuk. Polis mengatakan bahawa Carr tidak mengambil dadah, hanya mabuk. Justeru itu, dia akan didakwa kerana memusnahkan harta benda dan keganasan. Kedua-dua pertuduhan masing-masing membawa hukuman maksimum dua tahun dan lapan bulan penjara.

Anda Mungkin Suka