Pernahkah anda terfikir pada umur berapa usahawan terkemuka dunia membuat USD1 juta pertama mereka? Tiada yang dapat tandingi Mark Zuckerberg. Dia menjadi jutawan pada umur 22 tahun dan menjadi billionaire setahun kemudian. Tetapi dia tetap keep it simple dengan memakai seluar jeans dan hoodie.

Tidak semua entrepreneurs bernasib baik seperti Mark. Jalan untuk menuju kekayaan itu adakala mengambil masa dan kompleks. Walaupun usahawan tersebut adalah seorang yang terkenal, sejuta yang pertama itu tetap akan mengambil masa.

Personaliti wanita Martha Stewart menjadi jutawan ketika usianya 45 tahun. Pengasas pembersih hampagas jenama Dyson, James Dyson tidak menjadi jutawan hingga usianya 47 tahun.

Dan untuk menjadi billionaire pula, ia mengambil masa yang lebih lama. Richard Branson, pengasas jenama Virgin menjadi jutawan pada umur 23 tahun dan hanya mendapat status billionaire ketika umurnya 41 tahun.

Anda boleh lihat infografik di bawah yang direka oleh company dari United Kingdom, Fleximize. Anda boleh kaji setiap individu yang tersenarai di dalam carta ini berapa lama yang mereka ambil untuk mencapai status jutawan dan billionaire mereka.

From Buffett to Zuckerberg: See when 21 of the world’s richest people made their first billion.
Click image to open interactive version (via Fleximize).

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤