Ini adalah salah satu filem tempatan yang sangat kami nantikan. Filem Dawn Raid ini diambil daripada kisah sebenar pada 7 September 1981 tentang bagaimana Malaysia dapat membeli saham Guthrie Consolidated.

Pembelian saham milik Guthrie Consolidated ini dikenali sebagai Serangan Subuh membuktikan kepintaran orang Malaysia dalam membeli aset milik negara luar. Siapa mastermind di sebalik serangan ini? Tidak lain tidak bukan Tun Mahathir Mohammad (Perdana Menteri), Ismail Ali (gabenor Bank Negara), dan Khalid Ibrahim.

Filem ini dilakonkan Shaheizy Sam, Sofia Jane dan ramai lagi. Tiada tarikh bila filem ini akan berada di pawagam tetapi berdasarkan pandang pertama filem ini, kami yakin ianya pasti satu filem yang mantap!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤