Ini berita baik buat anda peminat jenama A Bathing Ape (BAPE) dan adidas. Satu lagi koleksi kolaborasi antara dua jenama ini bakal menemui anda tidak lama lagi.

Model UltraBOOST dipilih untuk koleksi ini dengan dua pilihan warna. Jika dilihat pada lidah kasut, Ape Head dihiasi seperti bendera Amerika, menandakan kasut ini bakal keluar sempena Super Bowl Llll. Selain kasut, koleksi BAPE x adidas ini turut akan hadi dengan jersi, helmet, bola ragbi serta kasut but adidas Adizero 5-Star.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Koleksi ini dijangka akan mula dipasarkan pada 2 Februari ini dan harga untuk koleksi ini masih tidak diketahui. Anda boleh bersiap sedia andai kata kasut ini masuk ke pasaran Malaysia.

2

3

4

5

6

7

8

9

10