adidas menerusi akaun Instagram Randy Galang dan Lutz telah berkongsikan gambar model Ozweego generasi baharu yang dijangka akan dijual untuk musim Luruh/Sejuk 2019.

Model ini akan dikenali sebagai OZ adiPRENE dan untuk keluaran pertama, warna ‘Triple Black’ diperkenalkan terlebih dahulu. Menarik tentang model ini adalah bahagian tapaknya mirip model YEEZY 500 tetapi dengan rekaan badan adidas LXCON.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dapat dilihat panel suede akan menghiasi kasut ini disamping penggunaan material kain untuk keselesaan yang lebih. Tiada harga yang diumumkan setakat ini tetapi dijangka bakal dijual November 2019. Sempat untuk simpan duit terlebih dahulu.