Ini berita baik buat pengguna setia jenama Apple kerana Apple bakal hadir dengan PowerBeats Pro Wireless yang pastinya akan memberikan anda pengalaman mendengar muzik yang lebih baik. Rekaan PowerBeats Pro ini sangat sesuai digunakan untuk anda ketika bersukan.

Keistimewaan fon kepala tanpa wayar ini mempunyai ketahanan bateri lebih lama, penyambungan dan penggunaan ‘Hey Siri’ yang lebih baik berikutan penggunaan cip H1. Malah, keseluruhan fon kepala ini dan bekasnya menggunakan warna hitam yang tampak elegen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akan tetapi, bila produk ini akan dilancarkan masih belum diketahui dan mungkin ia akan tersedia pada bulan hadapan. Harap pihak Apple akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi.

Sumber