Jay Kim merupakan seorang YouTuber dari Korea Selatan yang banyak bertukar pendapat tentang agama Islam di channel YouTube miliknya.

Dalam konten terbarunya, beliau mendekati beberapa individu Korea Selatan untuk bertanya pandangan mereka tentang agama Islam.

31999920281_50440647e3_b
HYPE
‘Barbie & Hot Wheels’ Tarikan Terbaharu Di Lost World of Tambun
Baca lagi →

Hampir semua antara mereka tahu tentang agama Islam dan keperluan orang Islam untuk berpuasa di bulan Ramadan. Majoriri juga ada menyebut tentang ISIS yang sedikit sebanyak memberi imej tidak baik kepada agama Islam.

Namun, ini perkongsian yang jujur daripada mereka dan secara umumnya, rakyat di Korea Selatan tahu secara dasar tentang asas agama Islam tetapi media antarabangsa sedikit sebanyak memberi tanggapan negatif kepada agama Islam.

Namun, ini adalah perkongsian yang baik daripada Jay Kim. Mungkin jika anda ke Korea Selatan dan anda bertemu seseorang yang mahu tahu tentang Islam, anda boleh ceritakan keindahan agama Islam kepada mereka.

Anda Mungkin Suka