Pengguna Instagram iaitu rudyindahouse_ telah melukakan hati para pengumpul Sneakerhead. Jika sebelum ini beliau mengbongkarkan kasut kolabrasi Sean Wotherspoon x Nike Air Max 1/97, kali ini beliau menceraikan satu per satu kasut Off-White™ x Air Jordan 1.

Pada akhir video ini,anda boleh melihat kesemua potongan kasut kolabrasi ini bersama zip tie diletakkan diatas kotak kasut yang dibentangkan untuk digantung di dinding bersama kasut-kasut yang lain. Anda boleh tonton video ini disini sambil mengelap air mata mengenangkan harganya yang mencecah lima angka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →