Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Peminat-peminat sukan permotoran kembali menarik nafas lega setelah semakin banyak lokasi telah beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dan Fasa 3. Kelonggaran yang diberikan tidak disia-siakan oleh peminat sukan permotoran tempatan untuk memanaskan enjin kenderaan mereka.

Tidak perlu menunggu masa yang lama, baru-baru ini sebuah Proton X50 telah berjaya mencipta rekod dengan melengkapkan satu pusingan litar Sepang dalam 2 minit 47 saat sahaja.

Menurut laman portal Paultan.org, kereta SUV segmen-B tersebut dipandu oleh pelumba professional Malaysia, Mark Darwin yang pernah berlumba untuk beberapa acara lumba peringkat antarabangsa seperti Lamborghini Super Trofeo Asia, Toyota Gazoo Racing Festival Malaysia dan Sepang 12 Hours GTC.

Difahamkan kedai aksesori yang mengubah suai Proton X50 ini telah menaikkan prestasi serta menjadikan kereta tersebut lebih baik dari segi kawalan, suspensi, sistem brek dan juga stabiliti.

Walaupun Proton X50 cukup dikenali sebagai kereta crossover untuk kegunaan dan keselesaan keluarga, namun pemilik SUV membuktikan kereta ini tetap lasak dan garang (setelah dilakukan pengubahsuaian) untuk ‘dilenjan’ di dalam litar.

Anda boleh tonton kemampuan kereta SUV ini melengkapkan satu pusingan litar Sepang melalui video yang kami kongsikan di bawah.

Kepada peminat-peminat aktiviti permotoran, bolehlah anda memanaskan semula enjin serta uji kemampuan kenderaan anda di litar Sepang bermula hari ini dengan mengikuti SOP yang telah disarankan oleh pihak kerajaan.

Tonton aksi selamba dan bersahaja ‘pak cik’ bekas pemandu rali tekan pedal minyak panjat Genting Highlands dengan Perodua Ativa yang baru dilancarkan pada Mac lalu.

Lihat Bekas Pemandu ‘Rally’ Lenjan Perodua Ativa Naik Genting Highlands

Tonton Lelaki Ini ‘Lenjan’ Proton Saga 2019 Naik Genting Highlands

Anda Mungkin Suka