Tularnya video hasil perkongsian Voice of Europe di laman sosial Twitter mengenai tindakan pendatang asing yang mencuri beg dari bas pelancong yang sedang bergerak di Perancis telah menarik perhatian masyarakat dunia.

Video tersebut menunjukkan sekumpulan lelaki yang mengejar bas pelancong FlixBus dan kemudian membuka pintu penyimpanan bagasi. Beberapa orang lelaki daripada kumpulan tersebut berjaya melarikan beberapa bagasi milik pelancong.

FlixBus, syarikat yang bertapak di Jerman yang menawarkan perkhidmatan bas pelancong di benua Eropah ini dilaporkan bakal menghentikan laluan di kawasan tumpuan pendatang asing bagi mengelakkan masalah seperti ini berulang kembali. Tidak cukup dengan kecurian beg, pemandu FlixBus juga berhadapan dengan ugutan oleh pendatang asing di kawasan tersebut.

Difahamkan bahawa kejadian tersebut terjadi selepas kemenangan Perancis merangkul piala World Cup 2018. Kejadian ini telah kemudiannya mencetuskan kekacauan dan beberapa insiden yang sama di seluruh negara tersebut.