Anak-anak generasi 90-an pasti masih ingat aktiviti mengisi cita-cita di belakang buku hijau di sekolah rendah dahulu. Antara cita-cita yang popular dalam ketika itu ialah doktor, akauntan, peguam dan jurutera. Pemilihan cita-cita ini didorong oleh nasihat ibu bapa yang menggalakkan anak-anak untuk memilih pekerjaan dengan gaji yang tinggi dan boleh menjamin kehidupan masa hadapan.

Namun, jika dilihat realiti kehidupan masa kini setiap pekerjaan mempunyai cabaran tersendiri. Berdasarkan perkongsian seorang tenaga pengajar di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan, Muhammad Zulfahmi Samsudin pada page miliknya, Autocad Mirai Techno menunjukkan perbandingan kos sara hidup dan gaji golongan engineer di Malaysia dan Jepun dari tahun 2003-2019. Berikut kami sertakan pemerhatian beliau di Jepun dari 2003 hingga 2012.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semakan terakhir beliau sertakan sekali ketika menghantar pelajar Malaysia Japan Higher Education Program (MJHEP) batch 5 ke Jepun pada Mac 2018 lalu. Perbandingan harga makanan ini berdasarkan jenis makanan yang popular dalam kalangan pelajar. Mengapa membuat perbandingan berdasarkan harga makanan? Menurut beliau, harga bahan makanan yang menjadi kos hidup tidak banyak berubah. Tambahnya lagi, mungkin ada harga berubah tapi tidak terlalu banyak. Dahulu ada syarikat ais krim menaikkan ¥10 (~RM0.83) setelah 25 tahun tak menaikkan harga ais krim tersebut. Walaupun begitu, syarikat tersebut kemudian membuat iklan meminta maaf atas kenaikan harga aiskrim tersebut dan ditayangkan dalam televisyen.

Jika dibahas dari segi cukai pula, Walaupun GST di Jepun naik dari 5% ke 8%, harga makanan yang biasa menjadi pilihan tidak berubah. Still Peperencino Saizeriya masih berharga ¥299 (~RM11.40) dan kalau campur telur separuh masak jadi ¥368(~RM14). Semua tidak berubah sejak 2003. Kebanyakannya harga tersebut termasuk cukai, menjadikan pengusaha menyerap peningkatan cukai GST dengan mengurangkan margin keuntungan mereka. Ini kerana bagi mereka, pelanggan bagaikan raja. Contoh seterusnya ialah Tempura soba yang juga harganya maintain sehingga tahun 2018 boleh dijadikan kayu ukur dengan nasi goreng yang pelajar makan hari-hari di Malaysia.

tempurasoba

Beliau seterusnya membuat perbandingan dari segi gaji yang diperoleh golongan engineer di Jepun, terdapat peningkatan sebanyak ¥10,000 (~RM381) tetapi kos boleh dikatakan mendatar. Jadi engineer di Jepun dapat lebihan 10,000 yen gaji bagi lepasan degree kejuruteraan. Ini menjadikan mereka boleh gunakan lebihan tersebut untuk menyimpan dan sebagainya. Oleh itu, dari dulu hidup sebagai engineer tidak banyak berubah dari segi kos makan.

japanengineer

Manakala di Malaysia pula, kos nasi goreng meningkat 200-300% kali ganda tapi gaji bertambah hanya 27% kali ganda (RM2200 bahagi RM2800 darab 100). Ini menyebabkan gaji yang digunakan untuk makan bertambah sekali makan 2-3 kali ganda dan duit untuk disimpan menjadi sikit. Lebih-lebih lagi pendapatan untuk golongan fresh grad rata-rata hanya menerima RM1800 hingga RM2000 sahaja.

image

Jika gaji engineer RM2000, masih tidak berubah dari era 90-an yang mana kos untuk makan pula meningkat 2-3 kali ganda, benarlah yang dikatakan sangat beruntung orang dulu-dulu. Jumlah gaji yang sama, rumah murah dan mampu milik, kos makan mungkin 3 kali ganda murah serta mampu mempunyai simpanan. Engineer kini pula terpaksa menanggung kos sara hidup yang lebih tinggi tapi jumlah gaji sama. Ini menyebabkan mereka lari dari bidang ini. Beliau turut memberi pandangan dari sudut pandang seorang tenaga pengajar professional bahawa perkara ini harus diperbaiki kerana mereka (student MJHEP) adalah antara scorer dalam peperiksaan SPM batch masing-masing. Sangatlah rugi jika mereka belajar engineering tetapi apabila balik dari Jepun, mereka bekerja sekejap sebagai engineer dan kemudian lari dari bidang.

mjhep

Sebagai cadangan untuk mengatasi masalah ini, kerajaan bolehlah mempertimbangkan untuk menaikkan gaji engineer sebanyak RM4500 pada tahap permulaan. Gaji menteri puluhan ribu, tapi mereka biasanya dapat baju free untuk majlis yang perlu dihadiri, minyak kereta free, ada elaun driver, elaun keraian dan sebagainya, tetapi jika difikirkan tahap kesusahan kerja engineer juga sama atau lebih sakit otak dari menteri adalah wajar jika gaji asas engineer dikaji juga. Selain itu, peniaga harus mengurangkan harga barang, dengan itu pengusaha makanan boleh membeli barang dengan murah dan harga makanan akan menjadi murah. Ini juga sukar kerana margin untung akan berkurang dan kuranglah jumlah jutawan di Malaysia. Inilah konsep omoiyari yang biasa diguna di Jepun di mana kita lebih memikirkan orang lain. Jika perkara ini dapat dipraktikkan, margin berkurang pun tak apa kerana boleh beli barang dengan murah. Supply chain murah ini akan menjadikan peniaga di hujung juga tidak kisah dapat margin untung murah kerana mereka kos hidup lebih murahh.

Begitulah sedikit sebanyak yang boleh beliau rangkumkan tentang kos hidup yang menyebabkan kebanyakan engineer lari dari bidang. Akhir kata, beliau berharap perkara ini sampai kepada pihak kerajaan atau kesatuan pekerja di Malaysia ini untuk difikirkan dan diusulkan atau diselesaikan untuk mengelakkan lebih ramai engineer lari dari bidang. Rugi sangat rasanya.

Bagaimana pula pendapat anda sebagai seorang engineer di Malaysia atau mempunyai kenalan rapat mahupun ahli keluarga sendiri yang bekerja sebagai engineer? Adakah anda juga sependapat dalam perkara ini?