Berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi model terbaru Apple iPhone, dapat dilihat semakin banyak ura-ura yang tertiris dan terbaru, sebuah model prototaip memperlihatkan iPhone 12 5.4-inci mulai dikongsikan kepada orang ramai.

Menerusi rekaan model iPhone 12 5.4-inci yang tertiris, seorang pengguna telah membandingkan saiz iPhone terbaru dengan iPhone SE generasi pertama bersama iPhone 7. Siapa sangka, di sebalik penawaran skrin yang lebih besar, iPhone 12 5.4-inci tampil dengan saiz yang lebih kecil berbanding iPhone 7.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https___hypebeast.com_image_2020_07_apple-iphone-12-5-4-inch-size-comparison-info-002

https___hypebeast.com_image_2020_07_apple-iphone-12-5-4-inch-size-comparison-info-001

9BC681F9-6650-421B-9462-358FDB7426FA

Kembalinya rekaan berbentuk kotak seakan iPhone 5 antara yang menggembirakan ramai peminat Apple dimana model dengan rekaan kotak dilaporkan lebih selesa untuk digunakan. Difahamkan model prototaip iPhone 12 5.4-inci ini sedia untuk didapatkan di Taobao ketika ini.

Apple iPhone 12 dijangka bakal disertakan dengan processor Apple A14 dalam menawarkan kuasa pemprosesan yang lebih tinggi buat para pengguna. Kualiti kamera juga antara yang ditingkatkan pada model iPhone 12 Pro dan Pro Max. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada pihak Apple apabila mula dilancarkan secara rasmi pada September ini.

Apple iPhone keluaran tahun ini dijangka tidak lagi disertakan dengan pengecas dan EarPods. Ketahui sebabnya dengan klik pautan di bawah.

iPhone Mungkin Tidak Lagi Didatangkan Dengan Pengecas Dan ‘EarPods’

Switch Tawarkan Promosi iPhone 11 Pro Dan Pro Max Dengan Diskaun Sebanyak RM500

Sumber