Tanpa sedar, ‘Kiss Guy’ menjadi bualan peminat muzik di seluruh dunia terutamanya peminat Foo Fighters. Dalam satu konsert jelajah mereka di Austin, Texas, Dave Grohl menjemput ‘Kiss Guy’ untuk ke atas pentas kerana mekapnya yang unik; beliau menconteng muka gaya band terkenal KISS.

Dave bertanya sama ada Kiss Guy boleh bermain gitar untuk lagu yang bakal mereka main, Monkeywrench dan beliau berkata ya. Sebaik sahaja Taylor Hawkins mengetuk drum, Kiss Guy terus naik ‘gila’. Beliau bermain gitar seperti pernah jamming bersama Foo Fighters sebelum ini dan anda boleh lihat Dave Grohl turut terkesima dengan skill Kiss Guy.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas tamat persembahan ini, barulah beliau memperkenalkan diri. Beliau adalah Yayo Sanchez dan merupakan peminat tegar kumpulan berkenaan. Kerana persembahan Yayo terlalu ‘perfect’, Dave berkata kepada peminat kemunculan Yayo langsung tidak dirancang oleh mereka dan Yayo tahu bagaimana untuk menggunakan peluang yang hadir.

Yayo sendiri adalah seorang pemuzik dan jika Foo Fighters menjemput beliau sebagai pemuzik jemputan di tour akan datang, pastinya peminat Foo Fighters akan menghargainya. Steady, Yayo!