Akhirnya saat yang dinanti-nantikan telah tiba. Peminat filem James Bond pasti teruja untuk menonton filem francais ke-25 ini dan dikhabarkan ini adalah filem terakhir Daniel Craig sebagai hero filem ini.

Filem ini dibarisi beberapa pelakon ternama seperti Rami Malek dan Lashana Lynch. Menerusi trailer ini, kita dapat melihat aksi bertenaga James Bond menentang musuhnya yang dilakonkan Rami Malek.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Filem ini mengisahkan tentang James Bond yang telah tinggalkan kariernya sebagai perisik sementara untuk menjalani kehidupan biasa di Jamaica. Walau bagaimanapun, kehidupan tenang yang diinginkan itu hanyalah sementara apabila teman lamanya Felix Leiter dari CIA muncul meminta pertolongan.

Sebelum ini, sepatutnya filem No Time To Die ini ditayangkan pada April 2020 tetapi ditangguhkan disebabkan penularan wabak pandemik COVID-19 dan dijangka akan menemui anda pada November ini. Tonton dahulu trailer ini sementara menanti ia di pawagam.

Filem terbaru ini turut menarik beberapa jenama besar untuk berkolaborasi seperi adidas dan OMEGA. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Imej adidas UltraBOOST 20 x James Bond ‘007’ Tertiris

OMEGA Raikan James Bond ‘No Time To Die’ Dengan Jam Seamaster Diver 300M 007 Edisi Khas

Anda Mungkin Suka