Akhirnya, buat anda yang ternanti-nantikan filem sekuel Train to Busan: Peninsula akan tersenyum gembira. Bukan apa, selepas perkhabaran filem itu akan ditayangkan pada tahun ini, trailernya kini telah dikongsikan.

Menerusi trailer yang baru sahaja dikongsi, kita dapat lihat keadaan mereka yang terselamat 4 tahun lalu ketika kejadian zombi menyerang Korea Selatan. Dapat dilihat bagaimana mereka yang terselamat bertahan untuk hidup dengan dikelilingi dengan zombi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pastinya dalam filem sekuel ini kita akan dapat lihat lebih banyak aksi dan survival skill serta mungkin akan bermain dengan emosi anda. Tidak banyak yang boleh diperkatakan melalui trailer pertama ini.

Apa kata anda tonton dahulu trailer ini sementara menantikan ia di pawagam. Diharap ketika filem ini ditayangkan, penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia telah berakhir.

Sementara itu, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut tentang filem sekuel Train to Busan ini. 

Selepas 4 Tahun, Filem Sekuel Train To Busan Sah Akan Ditayangkan Tahun Ini

Kang Dong Won Sah Pegang Watak Utama Sekuel ‘Train To Busan’

5 Filem ‘Hits’ Tentang Wabak Yang Anda Patut Tonton